Bismillahirrahmaanirrahiim
Nama Salafi menurut
Ulama :
Penjelasan Imam
al-Nawawi dipetik
dari kitab Majmu’
Syarah al-Muhadzdzab
Bab Adab Berfatwa,
Mufti dan Orang Yang Bertanya Fatwa
Terjemahan
“Dan tidak boleh
bagi orang awam bermadzhab dengan madzhab salah
seorang daripada imam-imam di kalangan para sahabat radhiyallahu ‘anhum dan selain mereka daripada generasi
awal, walaupun mereka lebih alim dan lebih tinggi darajatnya dibandingkan dengan (ulama’) selepas mereka; hal ini
karena mereka tidak meluangkan masa sepenuhnya untuk mengarang (menyusun) ilmu dan meletakkan prinsip-prinsip
asas/dasar dan furu’/cabangnya. Tidak ada salah seorang daripada
mereka (para sahabat) sebuah madzhab yang dianalisa dan diakui.
Sedangkan para ulama yang datang setelah mereka (para sahabat) merupakan pendukung madzhab para
sahabat dan tabien dan kemudian melakukan usaha meletakkan hukum-hukum
sebelum berlakunya perkara tersebut; dan bangkit menerangkan prinsip-prinsip
asas/dasar dan furu’/cabang ilmu seperti
(Imam) Malik dan (Imam) Abu Hanifah dan selain dari mereka berdua.”
[Kemudian Imam
al-Nawawi rahimahullah menjelaskan kelebihan madzhab Imam
Syafi’i dan pandangan beliau menerangkan mengapa
beliau bermadzhab dengan madzhab Imam Syafi’i]
“Yaitu karena Imam Syafi’i adalah merupakan imam yang terkemudian
dari sudut masa, maka beliau telah melihat madzhab-madzhab mereka (Imam Maliki dan Imam Hanafi) sebagaimana mereka (Imam Maliki dan Imam Hanafi) telah melihat madzhab-madzhab ulama’ sebelum
mereka (yaitu para sahabat radhiyallahu anhum). Maka
beliau menperhalusnya, mengujinya dan mengkritiknya dan memilih yang paling
rajih (kuat) dan beliau mendapat hasil dari usaha ulama-ulama sebelum beliau yang telah meletakkan
gambaran dan pengasasan, maka beliau telah meluangkan masa untuk memilih dan
mentarjih dan menyempurnakan sesuai
dengan pengetahuan beliau dan
kebijaksanaan beliau dalam pelbagai bidang ilmu.
Dan dengan perkara inilah beliau mendapat kedudukan yang lebih
kuat dan rajih, kemudian tidak ada selepas beliau, (alim) yang mencapai
kedudukan seperti beliau dalam perkara ini.
Maka dengan ini, madzhab
beliau (Imam Syafi’i rahimahullah) adalah madzhab yang paling utama untuk
diikuti dan bertaqlid dengannya – dan ini jelas bahwa kita mestilah berlaku
adil dan tidak sembarangan memandang
rendah pada salah seorang daripada para imam.
Ulasan Penting, Baca dengan Seksama dan
Teliti....Kesankan dalam hati Pesan Imam Nawawi rahimahullah
· Mengikut madzhab yang empat pada
hakikatnya mengikut madzhab para sahabat dan tabien, karena ulama’ madzhab yang
empat merupakan pendukung dan pengikut madzhab para sahabat dan tabiin, yang
mereka semua (para sahabat dan tabiin) mengikut sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
· Terdapat beberapa Imam dalam madzhab
Syafi’i, yang menerangkan sebabnya kenapa mereka bermadzhab dengan madzhab Imam
Syafi’i seperti Imam
al-Nawawi, Imam Baihaqi dan Imam Suyuthi. Jelaslah
mereka bermadzhab dengan madzhab Imam Syafi’i bukan
karena taqlid semata-mata.
· Kalau kita mau mencari sebab-sebab yang dikemukan
oleh para imam tersebut, Insya Allah, akan bertambah kuat pegangan kita dengan
madzhab yang muktabar seperti madzhab Imam Syafi’i ataupun madzhab lainnya.
· Mungkin diantara pembaca ada yang
berpendapat beda dengan Imam
Nawawi, silahkan saja itu hak pribadi setiap orang, karena tidak ada paksaan
memeluk agama islam, apalagi hanya mengajak kepada amalan di dalam islam?!
· Namun kata-kata Imam Nawawi di atas
perlu difikirkan secara jernih
dan mendalam serta memohon petunjuk kepada Allah subhanahu wa ta’ala agar diberi jalan yang terang dengan
nur hidayah.
Alim besar Syria Syeikh Prof.
Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthi menerangkan
dengan panjang lebar sebuah ajaran baru yang dinamakan “al-Salafiyyah” setelah berganti nama dari “al-Wahhabiyyah”, karena yang mengamalkan ajaran ini tidak mau ajaran ini
dinisbahkan kepada Muhammad Ibn Abdul Wahhab semata-mata. [Rujuk m/s 235 &
236 daripada kitab dibawah ini]
Beliau menyatakan bahwa MENGIKUTI GENERASI SALAF adalah satu perkara yang sangat berbeda dibandingkan BERMAZHAB DENGAN MAZHAB
AL-SALAFIYYAH yang
digembar-gemborkan oleh pengikut Wahhabi
pada hari ini.[Rujuk m/s 221 sehingga 242 daripada kitab di bawah].
Beliau berkata bahwa
istilah yang digunakan oleh para ulama’ untuk menamakan kedudukan para ulama’
yang benar adalah Ahli Sunnah
dan Jama’ah. Istilah Ahli Sunnah dan Jama’ah adalah istilah yang telah
diijma’ oleh para ulama’ generasi
Salaf untuk menamakan golongan yang benar. Apabila istilah al-Salafiyyah yang digunakan oleh golongan Wahhabi
pada hari ini untuk melambangkan dan menamakan golongan yang benar [menurut
sangkaan mereka] adalah satu bid’ah yang tercela, bahkan tidak pernah digunakan oleh
generasi Salafus Shaleh untuk menamakan golongan yang benar.
Silahkan lihat petikan dan
terjemahan kata-kata beliau di bawah [Semoga kita diberi hidayah oleh Allas subhanahu wa ta’ala]. Kitab ini
berjudul:
السلفية: مرحلة زمنية مباركة لا مذهب إسلامي
“Al-Salafiyyah : Satu Masa Yang Diberkati
dan bukanlah Sebuah Madzhab Islam.”
Kitab ini adalah merupakan suatu penerangan dan kritikan yang
penuh ilmiah terhadap ajaran Wahhabi yang dikarang oleh seorang alim seperti
beliau. “Cukuplah pujian bagi
kitab ini dengan disebutkan nama penulisnya.” Kitab
ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia.
Judul Buku: Salafi: Sebuah
Fase Sejarah, Bukan Mazhab
Judul Asal: As-Salafiyyah:
Marhalah Zamaniyyah Mubarakah,
La Mazhab Islami
Pengarang Asal: Dr. Muhammad
Sa’id Ramadhan Al-Buthi
Penterjemah: Futuhal Arifin
Lc.
Terbitan: Gema Insani
Terbitan: Gema Insani
Sinopsis:
Buku ini dikarang oleh
Prof. Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthi, seorang ulama’ Syam yang dikagumi
keilmuan beliau. Buku ini membicarakan tentang mahfum sebenar istilah Salaf
dalam tradisi ilmu Islam sejak zaman berzaman. Ia menjelaskan bahawasanya,
istilah salaf itu bukanlah suatu madzhab dalam Islam, sebagaimana yang dianggap
oleh sebagian mereka yang mengaku sebagai salafi, tetapi istilah salaf itu
sendiri merujuk kepada suatu zaman awal umat Islam (kurun pertama (1 H) sampai abad 3 H).
Salafus-shaleh adalah
mereka yang hidup di zaman Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam dan zaman
yang berdekatan dengan dengan zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat, bukan mereka yang
mendakwa sebagai salafi di akhir zaman ini. Istilah salafi itu
merujuk kepada suatu masa, bukan
kepada suatu kerangka pemikiran ataupun manhaj dalam Islam, karena dalam
kalangan salafus-shaleh itu sendiri, mempunyai berbagai manhaj yang berbeda antara
para ulama.
Buku ini suatu jawapan
yang ilmiah kepada kelompok yang mendakwa diri mereka sebagai salafi atau
salafiyyah. Ia mengupas banyak persoalan-persoalan yang timbul dari kelompok
tersebut.
السلفية: مرحلة زمنية مباركة لا مذهب إسلامي
“Al-Salafiyyah : Satu Masa Yang Diberkati
dan bukanlah Sebuah Madzhab Islam.”
Kitab ini adalah merupakan suatu penerangan dan kritikan yang
penuh ilmiah terhadap ajaran Wahhabi yang dikarang oleh seorang alim seperti
beliau. “Cukuplah pujian bagi
kitab ini dengan disebutkan nama penulisnya.” Kitab
ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia.
Terjemahan:“Dan
manakala apabila seorang Muslim mentakrifkan / memperkenalkan dirinya dengan
menyatakan bahawa dia disandarkan kepada sebuah madzhab yang dikenali pada hari
ini dengan al-Salafiyyah, maka tanpa ragu-ragu lagi dia adalah seorang ahli
bid’ah.
Hal ini karena sekiranya istilah
“al-Salafiyyah” bisa memberi
maksud yang sama seperti “Ahli Sunnah dan Jamaah”, maka sesungguhnya dia telah
melakukan bid’ah dengan menciptakan nama baru yang
berbeda dengan nama yang telah disepakati oleh generasi Salaf [Semoga keridhaan
Allah dilimpahkan kepada mereka].
Dan nama bid’ah ini sudah tidak diperlukan lagi, karena telah cukup lama menimbulkan
ketidakstabilan dan perpecahan di dalam persatuan umat Islam.
Dan sekirannya nama
al-Salafiyyah ini memberi maksud yang berbeda dengan hakikat Ahli Sunnah dan
Jama’ah – dan inilah kebenarannya – maka bid’ah ini telah terjadi dengan nama rekaan tersebut
[al-Salafiyyah] serta kandungannya yang bathil, dan istilah ini berusaha menegakkan benderanya dan mengangkat
kedudukannya sebagai ganti kepada kebenaran yang telah disepakati oleh generasi
Salaf dan [generasi Salafus Shaleh pada hakikatnya] telah berijma’ menggunakan
nama “Ahli Sunnah dan Jama’ah” [bagi golongan yang benar].”
Maka telah terbuktilah
bid’ah kepada dirinya[golongan
Salafi Wahhabi ini] dalam menggunakan istilah “al-Salafiyyah” di samping
maksudnya yang juga bid’ah untuk digunakan sebagai nama bagi sebuah kumpulan
baru [Salafi Wahhabi] yang memisahkan diri mereka dari jamaah umum Umat Islam
yang bersatu dalam menggunakan istilah “Ahli Sunnah dan Jama’ah” serta berpegang
dengan hakikat [Ahli Sunnah dan Jama’ah] yang benar.”
Dapat difahami dari
kata-kata di atas bahwa Syaikh al-Buthi:
1. Menerangkan
bahwa istilah Salafiyyah adalah suatu istilah yang bid’ah dan bertentangan
dengan kesepakatan ulama’ generasi Salaf.
2. Menolak
istilah Salafiyyah untuk digunakan sebagai ganti Ahli Sunnah dan Jamaah.
3. Secara terus-terang bahwa kandungan ajaran yang dibawa oleh
kelompok Salafiyyah Wahhabiyyah adalah bukan merupakan pegangan Ahli Sunnah dan
Jamaah.
Semoga nasihat beliau
ini mampu melembutkan hati yang keras, menghidupkan hati yang mati, menyadarkan
hati yang lalai, mengobati hati yang berpenyakit dan meluruskan hati yang bengkok dengan izin Allah subhanahu wa ta’ala dan berkat kasih sayang-Nya kepada
Rasulullah shalallahu ‘alaihi
wasallam.
Alhamdulillaahirabbil’aalamiin.